maksudnya daripada abdullah bin umar r.a. katanya rasulullah s.a.w. memegang bahu ku seraya bersabda:
jadilah di atas dunia ini ibarat seorang perantau atau sebagai seorang pengembara. ibnu umar berkata 'apabila kamu berada pada waktu petang janganlah tunggu sehingga menjelangnya waktu pagi. apabila kamu berada pada waktu pagi jangan tunggu menjelangnya waktu petang (utk berbuat baik-penulis) gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup utk persediaan waktu matimu.
1.gambaran kehidupan dunia yg amat singkat dan kedudukannya yg tidak kekal bahkan seumpama singgah.
2.tujuan di dunia ialah mengutip, memcari, membawa seberapa banyak bekalan. sebaik2 bekalan ialah taqwa.
3. mengandungi teknik mengurus masa sebaik mungkin dan mengejar peluang yg ada
4. kebaikan mengurus dan menyegerakan kebaikan.. : mendapat kesempurnaa amalan, diberi kemuliaan oleh Allah, ketenangan fikiran, beri sumbangan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.
No comments:
Post a Comment