Sunday, March 22, 2009

kemuliaanAlQuran

Firman Allah drpd surah AlHasyri ayat 21-24 bermaksud: jika Kami turunkan AlQuran ke atas gunung nescaya engkau akan melihatnya tunduk dan pecah kerana takut kepada Allah. Bandingan ini Kami kemukakan kepada manusia supaya mereka berfikir [21]. Dialah Allah yang tiada tuhan (yg berhak disembah) melainkan Dia (Allah) .. Dia Maha Mengetahui perkara yg ghaib dan perkara yg nyata, Dialah (Allah) yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (22) Dialah Allah yang tiada tuhan (yg berhak disembah) melainkan Dia (Allah) .. Maha Agong, Maha Suci, Maha Sejahtera, Maha Mengurnia Keamanan, Maha Memelihara, Maha Perkasa, Maha Berkuasa, Maha Memiliki segala keagungan, .. Maha Suci Allah drpd apa yg mereka semua sekutukan (23) Dialah Allah yg Maha Mencipta, Maha Mengadakan (drpd yg tiada) Membentuk rupa, Dia mempunyai Nama2 yg Paling Baik -(Asmaa al husna) Mengucap Tasbih kepada-Nya segala yg ada di langit dan di bumi, Dialah Maha Perkasas dan Maha Bijaksana! (24)

Keistimewaan Al-Quran

mukjizat agung Nabi Muhammad S.A.W.,
kandungan lengkap sempurna merangkum segala aspek kehidupan,
terpelihara drpd sebarang ubahsuai,
ajarannya sesuai diamalkan (di mana2 , bila2, sesiapa2)
kehebatan keindahan bahasanya yg tidka dpt ditandingi org Arab sendiri
setiap hurufnya yg dibaca beroleh ganjaran,


cara2 menghidupkan Al-Quran dlm jiwa

-menghormati kedudukan dan kemuliaan Al-Quran,
-sentiasa / istiqamah membacanya
-bacaan bertajwid, berhati2/perlahan2 , hatta berTarannum/lagu,
-memahami maksud dan keterangan setiap ayat yg dibaca,
-mendalami lagi kandungan dan tafsiran sebenar AlQuran berdasrkan ulamak muktabar,
mengamalkannya dalam kehidupan seharian,
-mengajak kawan2 membaca nya, memahaminya, mengamalkannya

No comments: